Tindak balas awal terhadap OGBV

Pengalaman keganasan berdasarkan gender dalam talian memang amat sukar dan mengelirukan. Lebih-lebih lagi kerana kesan buruk dari keganasan tersebut dilihat sebagai “maya” dan “tidak serius”. Oleh itu, percanggahan di antara perasaan negatif yang terhasil dari pengalaman tersebut dan cara orang menilainya sebagai “tidak serius”, amat mengelirukan bagi mangsa. Tetapi minda dan tubuh kita ada kesedaran bahawa sesuatu tidak baik telah berlaku, walaupun keganasan dan penderaan berlaku dalam talian, dan ia mampu menghasilkan kemudaratan nyata kepada keselamatan dan kesejahteraan kita.

Last updated