Cyberflashing

Definisi & Penerangan

“Cyberflashing” adalah perbuatan menghantar gambar-gambar lucah yang tidak diingini, khususnya gambar kemaluan, tanpa mendapat izin daripada penerima. Ia boleh berlaku melalui media sosial atau platform mesej seperti Whatsapp, Instagram, Facebook dan lain-lain. Cara yang semakin popular untuk “cyberflashing” ialah melalui Apple AirDrop atau bluetooth.

Ini masalah menayang kemaluan di khalayak ramai versi dalam talian, tetapi ia tidak dilayan dengan serius oleh pihak berkuasa atau orang awam. “Cyberflashing” adalah satu bentuk pencerobohan seksual dan membawa kepada suasana ketakutan yang melumpuhkan, lebih-lebih lagi bagi wanita dan kanak-kanak perempuan.

Tindak Balas Insiden: Apa patut saya lakukan?

Sekat dan senyapkan. Kebanyakan platform sosial media juga membenarkan pengguna untuk tapisan atau sekatan awal bagi mesej-mesej dari orang yang tidak dikenali. Perisian tambahan pihak ketiga juga boleh didapati untuk menyekat dan memadam gambar-gambar kemaluan yang diterima di platform permesejan.

Melaporkan. Hampir semua platform digital dan media sosial mempunyai kaedah laporan terhadap penerimaan gambar-gambar kemaluan yang tidak diingini. Dapatkan maklumat lanjut tentang membuat laporan bagi media sosial di sini. Membuat laporan adalah langkah penting yang anda boleh lakukan apabila menerima gambar-gambar tanpa izin yang dikongsi di dalam talian–anda boleh melakukannya jika anda mangsa kejadian atau seorang yang ingin membantu.

Melaporkan kepada SKMM. Tiada undang-undang di Malaysia yang mengenakan hukuman terhadap perbuatan menghantar gambar-gambar seksual yang tidak diingini, tidak seperti England. “Cyberflashing” masih kurang dilaporkan di Malaysia. Walaubagaimanapun, berkongsi bahan “lucah” di dalam talian adalah satu jenayah di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mempunyai borang aduan di mana mereka mampu menilai bahan tersebut, jika ia tidak selari dengan polisi mereka (mememuat naik bahan “lucah” melanggar garis panduan SKMM). Anda boleh mendapatkan borang aduan itu di sini.

Undang-undang di Malaysia tentang "cyberflashing"

Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia menjadikan kesalahan bagi sesiapa yang membuat, mewujudkan atau meminta-minta dan memulakan penghantaran, apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain. Akta Antigangguan Seksual 2022 menghukum apa-apa kelakuan tidak diingini yang bersifat seksual, dalam apa-apa bentuk, sama ada secara lisan, bukan lisan, visual, isyarat atau fizikal, yang ditujukan kepada seseorang yang secara munasabahnya menyinggung atau menghina atau merupakan suatu ancaman kepada kesejahteraannya. Ini akan delanjutkan kepada gangguan seksual yang dilakukan atau dibantu oleh teknologi digital.

Last updated