Senarai perundangan berkenaan di Malaysia

Undang-undangPeneranganTypes of OGBVPunishment

Seksyen 509 Kanun Keseksaan

Undang-undang ini menegaskan “barang siapa dengan maksud hendak mengaibkan kehormatan seseorang menyebut apa-apa perkatan, membuat apa-apa bunyi atau isyarat, atau menunjukkan apa-apa benda, dengan maksud supaya perkataan atau bunyi itu didengar, atau supaya isyarat atau benda itu dilihat oleh seseorang itu, atau mengganggu kesantunan seseorang itu, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai lima tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya”.

Peruntukan ini melindungi mangsa sebaran gambar-gambar intim tanpa izin.

Penjara selama tempoh sampai lima tahun atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya.

Seksyen 506 Kanun Keseksaan

Undang-undang ini “menjadikan satu kesalahan bagi sesiapa yang mengugut untuk mendatangkan kematian dan kecederaan parah, kemusnahan harta dengan api, atau menyebabkan kesalahan lain yang boleh dihukum dengan kematian atau penjara”.

Peruntukan ini membela mangsa/pemandiri yang menerima ugutan dalam talian (online) atau luar talian (offline).

Penjara selama tempoh sampai dua tahun, denda atau kedua-duanya. Apabila ada ugutan untuk menyebabkan kematian dan kecederaan parah, tempoh pemenjaraan itu boleh dipanjangkan hingga ke tujuh tahun.

Seksyen 383 Kanun Keseksaan

Undang-undang ini menyatakan “pemerasan ialah apabila seseorang sengaja mendatangkan ketakutan kepada orang lain mengenai suatu bencana akan menimpa orang itu atau kepada orang lain di mana melalui perbuatan tersebut bertujuan mendorong mangsa secara tidak jujur untuk menyerahkan harta atau cagaran berharga.”

Seksyen 383 sering digunakan dalam kes-kes peras ugut seksual (sextortion).

Penjara selama tempoh sampai tujuh tahun atau sebatan atau dua hukuman yang disebut serentak.

Bahagian XVA dan Seksyen 2 daripada Akta Kerja 1955

Undang-undang ini memberi maksud kepada “gangguan seksual” sebagai apa-apa tingkah laku yang berunsur seksual, secara lisan atau tidak, visual, isyarat, atau fizikal, yang menghina atau memalukan atau mengugut kesejahteraan diri, terhadap seseorang, yang timbul dari atau di dalam masa pekerjaannya.

Akta ini dihadkan kepada gangguan seksual di tempat kerja.

Jika kejadian gangguan seksual itu dibuktikan, majikan ada pilihan untuk (i) membuang pekerja yang dituduh tanpa notis, (ii) menurunkan pangkat pekerja tersebut, (iii) mengenakan hukuman ringan lain yang majikan nilaikan sebagai sesuai dan adil, dan jika hukuman penahanan gaji dibuat, ia tidak boleh melebihi tempoh dua minggu.

Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017

Undang-undang ini diwartakan pada tahun 2017 dengan tujuan untuk melindungi kanak-kanak yang menjadi mangsa gangguan dan penderaan seksual.

Seksyen 10 (akses kepada bahan lucah), Seksyen 11 (komunikasi berunsur seksual dengan kanak-kanak), Seksyen 12 (menyantun kanak-kanak), Seksyen 15 (serangan bukan fizikal terhadap kanak-kanak) meliputi OCSAE (Penderaan Seksual Dalam Talian)

Seksyen 10: Dipenjarakan selama tempoh sampai 5 tahun atau denda sampai jumlah RM10,000 atau kedua-duanya. Seksyen 11: Dipenjarakan selama tempoh sampai 3 tahun. Seksyen 12: Dipenjarakan selama tempoh sampai 10 tahun atau denda berjumlah sampai RM20,000 atau kedua-duanya.

Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia

Undang-undang ini menjadikan kesalahan bagi sesiapa yang membuat, mewujudkan atau meminta-minta dan memulakan penghantaran, apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain.

Akta ini secara am melindungi mangsa gangguan dan keganasan dalam talian.

Denda dengan jumlah sampai RM50,000, dipenjarakan dengan tempoh sampai 1 tahun, atau kedua-duanya.

Akta Antigangguan Seksual 2022

Menghukum apa-apa kelakuan tidak diingini yang bersifat seksual, dalam apa-apa bentuk, sama ada secara lisan, bukan lisan, visual, isyarat atau fizikal, yang ditujukan kepada seseorang yang secara munasabahnya menyinggung atau menghina atau merupakan suatu ancaman kepada kesejahteraannya. Ini akan delanjutkan kepada gangguan seksual yang dilakukan atau dibantu oleh teknologi digital.

Akta ini melindungi mangsa-mangsa gangguan seksual dalam talian, menayang kemaluan dalam talian (cyberflashing), ugutan rogol & keganasan seksual dan sebaran gambar-gambar intim tanpa izin.

Pesalah laku mungkin perlu membayar ganti rugi dengan jumlah setinggi RM250,000 atau dipenjarakan.

Seksyen 507A Kanun Keseksaan (Akta Anti-Intip/Anti-Hendap)

Peruntukan ini menetapkan seseorang individu akan dianggap menghendap jika melakukannya berulang kali dengan niat untuk menyebabkan, atau mengetahui atau patut tahu, bahawa perbuatan sedemikian boleh menyebabkan kesusahan, ketakutan, atau kebimbangan kepada mana-mana orang tentang keselamatan mereka

Akta ini melindungi mangsa-mangsa hendapan di dalam talian dan di luar talian.

Dipenjarakan tidak lebih dari tiga tahun, denda atau kedua-duanya.

Last updated