Pengawaasan dan menghendap

Definisi & Penerangan

Pengawasan dalam talian adalah perbuatan di mana maklumat dan aktiviti orang dalam ruang digital dirakam, diawasi dan ditegur, tidak kira di ruang awam atau ruang peribadi.

Pengawasan memberi kesan kepada kebebasan untuk bersuara dan berekspresi, hak untuk berperibadi dan kebebasan untuk menjadi diri sendiri dalam talian. Walaupun pengawasan lebih dikenali sebagai isu nasional, sebenarnya, pengawasan digunakan untuk mengganggu dan membawa kemudaratan kepada wanita, kanak-kanak perempuan dan orang LGBTQ.

Wanita, kanak-kanak perempuan dan orang LGBTQ berasa takut diawasi oleh pasangan mereka atau ahli keluarga mereka, atau berasa takut jika maklumat dalam talian dan aktiviti mereka didedahkan (outed) dan digunakan untuk mengaib dan menyerang mereka.

Menghendap (stalking) adalah kelakuan yang memudaratkan dan taksub yang mengganggu kehidupan mangsa dan mendatangkan kegelisahan berlebihan kerana kekurangan keselamatan di ruang awam, termasuk dalam pengunaan teknologi digital.

Tindak Balas Insiden: Apa perlu saya lakukan?

Menilai risiko anda. Adakah gangguan dalam talian tersebut membuat anda risau tentang keselamatan fizikal anda atau keluarga dan rakan kerja anda? Kami ada proses penilaian risiko secara DIY yang anda boleh ambil untuk membuat keputusan tentang langkah seterusnya. Penilaian tersebut adalah hanya satu panduan, tetapi jika anda berasa tidak selamat secara fizikal, percayakan naluri anda. Anda mungkin perlu berpindah ke sebuah hotel atau ke rumah kawan untuk sementara waktu. Maklumkan kepada kenalan yang anda percayai tentang lokasi baharu anda (kami syorkan maklumat itu disalur dengan sistem yang disulitkan (encrypted) seperti Signal atau saluran rahsia Telegram)

Melaporkan kepada polis. Perbuatan menghendap adalah satu kesalahan di Malaysia. Ia munasabah jika anda takut untuk pergi ke pihak berkuasa. Jika anda membuat keputusan untuk membuat laporan, kami harap maklumat di sini akan membantu anda.

Nota: Membuat laporan mungkin dilihat seperti langkah yang mudah bagi orang ramai, tetapi bagi seorang mangsa ia bukan sesuatu yang mudah; tetapi ini tidak menjadi satu masalah. Perkara yang penting adalah mengelakkan berulangnya trauma yang mereka telah alami (“retraumatization”). Jika anda berasa proses ini amat sukar, kami syorkan anda mencari kenalan yang anda percayai untuk membantu anda.

Sekat. Hentikan semua komunikasi dengan si penghendap dengan serta merta. Sekat atau padamkan nama mereka dari kenalan emel, perisian mesej dan akaun media sosial anda. Ingat, tukarkan tetapan privasi anda supaya mereka tidak ada akses kepada senarai kawan dan pengikut anda.

Perkasakan kunci-kunci anda. Anda mungkin perlu pertimbangkan untuk menukar semua kata laluan anda untuk mencegah mereka dari mencerobohi dan menggodam maklumat anda. Gunakan kata laluan yang panjang, kuat dan unik dan gunakan pengesahan dua langkah jika ada pilihan. Dapatkan lebih maklumat tentang mencipta dan mengekalkan kata laluan yang kukuh di sini:

Security in A Box

Surveillance Self-Defence

Dokumentasi. Ia mungkin berfaedah untuk mencipta log insiden dan merakam ugutan dan gangguan yang terjadi. Anda boleh membuat tangkapan skrin terhadap mesej dan bahan muat naik, simpan pautan berkenaan, simpan tangkapan skrin aduan anda, dll. Pastikan tangkapan skrin anda mengandungi tarikh serangan tersebut. Jika anda mempertimbangkan untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa, dokumentasi anda amat berguna. Jika ia terlalu sukar untuk kembali ke platform tersebut, minta bantuan kenalan yang anda percayai.

Undang-undang di Malaysia tentang pengawasan dan hendapan

Seksyen 507A Kanun Keseksaan (Akta Anti-Intip/Anti-Hendap) seseorang individu akan dianggap menghendap jika melakukannya berulang kali dengan niat untuk menyebabkan, atau mengetahui atau patut tahu, bahawa perbuatan sedemikian boleh menyebabkan kesusahan, ketakutan, atau kebimbangan kepada mana-mana orang tentang keselamatan mereka Akta Antigangguan Seksual 2022 menghukum apa-apa kelakuan tidak diingini yang bersifat seksual, dalam apa-apa bentuk, sama ada secara lisan, bukan lisan, visual, isyarat atau fizikal, yang ditujukan kepada seseorang yang secara munasabahnya menyinggung atau menghina atau merupakan suatu ancaman kepada kesejahteraannya. Ini akan delanjutkan kepada gangguan seksual yang dilakukan atau dibantu oleh teknologi digital.

Last updated