Membuat laporan di platform

Apabila anda mendapat apa-apa kandungan yang jatuh di bawah kategori Keganasan Berdasarkan Gender Dalam Talian, Twitter mempunyai dasar untuk menangani keganasan dalam talian dan ini termasuk kaedah membuat laporan.

Setiap “tweet” atau laman mempunyai butang tiga titik yang anda boleh klik dan ia akan memberi pilihan mengikut kesalahan yang anda rasa sesuai.

Twitter juga ada laman aduan khusus untuk pengguna menjelaskan laporan mereka. Laman tersebut di sini.

Kaedah membuat laporan yang disediakan oleh Twitter (dari butang tiga titik itu) tidak selalu berkesan jika aduan dibuat bukan dalam bahasa Inggeris.

Oleh sebab itu, laman aduan khusus yang disediakan untuk penjelasan lanjut tersebut amat berguna bagi menerangkan mengapa bahan yang anda laporkan itu satu keganasan dalam talian kepada moderator Twitter.

Apa akan terjadi kepada akaun itu selepas aduan dilaporkan? Twitter akan menyiasat jika aduan yang dibuat tersebut adalah sah untuk akaun itu digantung dengan serta merta. Jika akaun itu didapati akaun asal yang memuat naik media berkenaan aduan tersebut, akaun tersebut akan digantung selama-lamanya. Apabila anda menggunakan kaedah membuat laporan, anda akan menerima pengesahan dari Twitter yang laporan aduan anda telah diterima dan sedang menjalankan penyiasatan tentang aduan itu. Twitter juga akan memaklumkan kepada anda perkembangan aduan anda, jika ia mendapati aduan anda itu sah dan telah membuat keputusan untuk langkah seterusnya tentang bahan berkenaan aduan tersebut.

Anda boleh merujuk kepada dasar mereka di sini.

Last updated