Ugutan keganasan seksual, fizikal, dan rogol

Definisi & Penerangan

Keganasan seksual dan ugutan rogol sering dibuat terhadap wanita. Selalunya, mangsa diugut dengan perbuatan seksual secara paksa, penetrasi seksual yang tidak diingini atau serangan dalam ruang digital selalunya berlaku melalui media sosial dan tidak bernama. Walaubagaimanapun, ugutan rogol yang dibuat dalam talian tidak diambil kira dengan serius kerana ia dinilai sebagai sesuatu yang “maya” dan tidak “nyata”.

Tindak Balas Insiden: Apa patut saya lakukan?

Menilai risiko anda. Adakah gangguan dalam talian tersebut membuat anda risau tentang keselamatan fizikal anda atau keluarga dan rakan kerja anda? Kami ada proses penilaian risiko DIY yang anda boleh ambil untuk membuat keputusan tentang langkah seterusnya. Penilaian tersebut adalah hanya satu panduan, tetapi jika anda berasa tidak selamat secara fizikal, percayakan naluri anda. Anda mungkin perlu berpindah ke sebuah hotel atau ke rumah kawan untuk sementara waktu. Maklumkan kepada kenalan yang anda percayai tentang lokasi baharu anda (kami syorkan maklumat itu disalur dengan sistem yang disulitkan (encrypted) seperti Signal atau saluran rahsia Telegram).

Laporkan, senyapkan, sekat. Setiap platform media sosial mempunyai kaedah laporan untuk pengguna membuat aduan terhadap pelanggaran piawaian komuniti tersebut. Sebahagian besar daripada platform-platform sosial media mempunyai peraturan ketat tentang bahan yang mengandungi ugutan rogol, dan keganasan fizikal dan seksual. Dapat maklumat lanjut tentang membuat laporan di media sosial di sini.

Jika anda ingin membaca dengan lebih lanjut tentang garis panduan komuniti platform tentang moderasi kandungan, anda boleh buka pautan di bawah.

Facebook | Twitter | Instagram | Tik Tok

Laporkan kepada polis. Membuat ugutan mati, rogol atau kecederaan fizikal yang berat adalah satu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan di Malaysia. Walaubagaimanapun, ramai mangsa tidak berasa meraka boleh membuat laporan kepada polis kerana ugutan dalam talian sering dilihat sebagai “tidak nyata”. Mangsa sering disyorkan untuk keluar dari media sosial atau memadamkan bahan yang mengganggu tersebut. Jurang di antara online lwn offline / nyata lwn maya adalah palsu kerana sebahagian besar dari hidup kita hari ini sudah menjadi digital. Keganasan dalam talian adalah keganasan yang nyata. Ia munasabah jika anda takut untuk pergi ke pihak berkuasa. Jika anda membuat keputusan untuk membuat sebuah laporan, kami harap maklumat di sini akan membantu anda.

Nota: Membuat laporan mungkin dilihat seperti langkah yang mudah bagi orang ramai, tetapi, bagi mangsa ia sesuatu yang bukan senang; tetapi ini tidak menjadi satu masalah. Perkara yang penting adalah mengelakkan trauma yang telah mereka alami berulang (“retraumatization”). Jika anda berasa proses ini amat sukar, kami syorkan anda mencari seorang yang anda percayai untuk membantu anda.

Dokumentasi. Ada banyak cara untuk membuat dokumentasi tentang ugutan tersebut; rakam mesej-mesej atau bahan dengan tangkapan skrin, simpan pautan berkenaan, simpan tangkapan skrin aduan anda, dll. Pastikan tangkapan skrin anda mengandungi tarikh insiden serangan tersebut. Jika anda mempertimbangkan untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa, dokumentasi anda amat berguna.

Jika anda ingin membuat dokumentasi tentang keganasan tersebut tetapi ia sukar untuk anda kembali ke platform tersebut, minta pertolongan dari kenalan yang anda percayai.

Susun sekuriti diri-digital. Gunakan mod peribadi di akaun sosial media anda untuk mencegah pemangsa dari terus mengganggu anda. Ada banyak sebab mereka berkelakuan sebegini: untuk terus memalukan anda, dox anda, tukar gangguan tersebut dari dalam talian (online) ke dunia nyata (offline), atau untuk menggunakan maklumat peribadi anda dengan niat jahat.

Ia munasabah bagi anda untuk menggunakan mod peribadi bagi akaun media sosial anda untuk sementara waktu, sehingga anda kembali berasa selamat. Anda juga patut menilai kekuatan kata laluan anda dan jika ia perlu ditukar untuk memperkasakan sekuriti anda. Selain itu, ada juga pilihan untuk menutup semua akaun anda untuk sementara waktu.

Kesejahteraan diri. Kami faham bahawa keganasan berdasarkan gender dalam talian yang anda alami telah memberi kesan buruk kepada diri anda secara mental, emosi dan fizikal. Ingat, ia bukan salah anda dan mereka tidak sepatutnya mengganggu atau menyakiti diri anda. Ia mungkin boleh membantu jika anda menjadualkan masa-masa khusu untuk menarik diri dari ruang digital tersebut. Dan jika anda ingin menyuarakan apa-apa tentang kejadian tersebut, percaya bahawa anda berkemampuan untuk membuat kata putus tentang cara ia dilakukan. Bantuan pakar kesihatan mental juga boleh menolong anda, lebih-lebih lagi jika anda telah sampai ke tahap di mana anda berasa tiada harapan atau berasa lumpuh dengan ketakutan; atau anda bercerita tentang keganasan itu secara berlebih-lebihan, atau anda susah untuk menikmati apa-apa, atau anda susah untuk makan atau tidur. Dapatkan maklumat bagaimana cara mementingkan kesejahteraan diri anda di sini.

Undang-undang tentang ugutan rogol, keganasan fizikal dan seksual

Seksyen 506 Kanun Keseksaan menjadikan satu kesalahan bagi sesiapa yang mengugut untuk mendatangkan kematian dan kecederaan parah, kemusnahan harta dengan api, atau menyebabkan kesalahan lain yang boleh dihukum dengan kematian atau penjara. Seksyen ini membela mangsa/pemandiri yang menerima ugutan berunsur dalam talian (online) atau luar talian (offline).

Seksyen 509 Kanun Keseksaan menjenayahkan “barang siapa dengan maksud hendak mengaibkan kehormatan seseorang menyebut apa-apa perkatan, membuat apa-apa bunyi atau isyarat, atau menunjukkan apa-apa benda, dengan maksud supaya perkataan atau bunyi itu didengar, atau supaya isyarat atau benda itu dilihat oleh seseorang itu, atau mengganggu kesantunan seseorang itu”.

Last updated