Doxxing

Definisi & Penerangan

“Doxxing” adalah perbuatan di mana maklumat peribadi seseorang itu dikumpul, termasuk nama, alamat, tempat kerja, nombor telefon, dll., dan disebarkan ke dalam ruang digital dengan tujuan jahat seperti memalukan, mengaibkan, atau menyebabkan atau mengapi-apikan keganasan terhadap mangsa.

Sejak kebelakangan ini, pelbagai maklumat peribadi tersedia dalam talian; dan banyak kes di mana maklumat seperti alamat emel, gambar bilik tidur, nama tempat kerja terkini, dll. dilihat sebagai maklumat yang tidak mengancamkan, tetapi maklumat tersebut boleh dikumpul untuk tujuan jahat dan dimuat naik ke dalam talian. Lebih-lebih lagi di mana ia dikaitkan dengan tuduhan perbuatan jahat dan hasutan, akan meningkatkan tahap ancaman bahaya.

Jangan pandang rendah terhadap perbuatan “doxxing” kerana kesan buruk dari perbuatan tersebut mampu meningkat serangan berkumpulan (mob attack), keganasan fizikal atau keganasan bersemuka atau gangguan kepada ahli komuniti anda. Pendirian politik atau identiti juga boleh dijadikan senjata untuk meningkatkan ancaman bahaya terhadap diri anda.

Tindak Balas Insiden: Apa patut saya lakukan?

Melaporkan. Laporkan insiden “dox” tersebut kepada platform di mana maklumat anda telah disebarkan. Ini untuk mencegah sebaran maklumat peribadi anda dari disebarkan lagi. Gerakkan kawan-kawan dan komuniti anda untuk membuat laporan juga. Dapatkan maklumat tentang membuat laporan di media sosial di sini.

Nyahaktif atau kunci akaun media sosial anda. Senaraikan semua akaun dalam talian anda dan pilih yang mana satu perlu ditukar ke mod peribadi atau dikunci atau dinyahaktifkan untuk sementara waktu. Ini akan membantu menyekat akses kepada maklumat peribadi anda dengan lebih lanjut. Anda patut pertimbangkan untuk mengunci kesemua akaun anda untuk sementara waktu dan maklumkan cara menghubungi anda kepada orang yang anda percayai.

Periksa akaun-akaun yang anda terlupa telah didaftarkan sebelum ini. Anda mungkin perlu padamkan akaun-akaun yang tidak aktif untuk mencegah pengganggu dari mendapat lokasi anda. Akaun-akaun lama anda mungkin menjejaskan sekuriti anda lebih-lebih lagi jika mereka menggunakan kata laluan yang lama atau serupa. Jika anda tidak lagi menggunakan platform-platform tersebut, ia lebih baik jika anda memadam akaun anda di situ.

Periksa akaun-akaun anda di sini.

Perkasakan kunci-kunci anda. Anda mungkin perlu pertimbangkan untuk menukar semua kata laluan anda untuk mencegah orang lain dari mencerobohi dan menggodam maklumat anda. Jika ada pilihan, gunakan kata laluan yang kuat dan unik dan gunakan pengesahan dua-langkah.

Security in A Box

Surveillance Self-Defence

“Dox” diri anda. Ia mungkin membantu untuk anda cuba lakukan “dox” terhadap diri anda sendiri, untuk memastikan maklumat peribadi anda tidak disebarkan di internet. Anda mengenali diri anda dengan lebih baik!

Kekal Selamat. Jika lokasi anda berkompromi atau telah didedahkan, pergi ke tempat yang lebih selamat. Anda mungkin perlu berpindah ke hotel atau rumah kawan untuk sementara waktu. Maklumkan kepada kenalan yang anda percayai tentang lokasi baharu anda (kami syorkan maklumat itu disalur dengan sistem yang disulitkan (encrypted) seperti Signal atau saluran rahsia Telegram)

Pantau. Dapatkan maklumat untuk memantau insiden-insiden tersebut supaya anda boleh menilai risiko anda dan membuat keputusan untuk langkah seterusnya. Jika ia terlalu sukar untuk dibuat, minta bantuan dari kawan anda untuk memantau akaun-akaun anda di platform berkenaan.

Dokumentasi. Ada banyak cara untuk membuat dokumentasi tentang insiden “doxxing”; catat mesej-mesej atau bahan muat naik dengan tangkapan skrin, simpan pautan berkenaan, simpan tangkapan skrin aduan anda, dll. Pastikan tangkapan skrin anda mengandungi tarikh insiden serangan tersebut. Jika anda mempertimbangkan untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa, dokumentasi anda amat berguna. Jika ia terlalu sukar untuk dilakukan, minta bantuan kenalan yang anda percayai.

Jika anda mampu, cipta satu log insiden untuk membuat dokumentasi tentang corak serangan yang anda alami. Ini berfaedah untuk mengenal pasti kelemahan sekuriti peribadi anda dan membantu dalam memahami corak keseluruhan ekosistem keganasan dalam talian tersebut. Perkara-perkara yang anda patut pantau adalah tarikh, masa, apa yang berlaku, siapa yang memulakan, dari mana ia terjadi dan maklumat-maklumat lain tentang insiden tersebut.

Undang-undang di Malaysia tentang "doxxing"

Tiada undang-undang khusus di Malaysia yang menangani perbuatan "doxxing".

Last updated