Memahami undang-undang di Malaysia

Bukan semua bentuk keganasan berdasarkan gender dalam talian (OGBV) dikira sebagai jenayah. Pada masa yang sama, tiada perundangan khusus yang menangani keganasan berdasarkan gender dalam talian. Masalah membiasakan ketidaksaksamaan gender, mengstereotaipkan peranan dan tanggungjawab gender, gangguan seksual dan pengawasan moral oleh masyarakat membawa kepada cabaran-cabaran same dalam menangani keganasan berdasarkan gender dalam talian seperti keganasan berdasarkan gender. Ia termasuk budaya tidak menghukum kaum lelaki dan sering menyalahkan mangsa, yang ditambah lagi dengan pihak penguatkuasa dan orang awam yang tidak diberi pengajaran tentang mengambil kira elemen gender dalam masalah keganasan.

Walaupun undang-undang Malaysia tidak sempurna, kajian kami mendapati kaum wanita boleh menggunakan ugutan melaporkan si pemangsa kepada pihak polis untuk menghentikan keganasan itu atau mencabar pemangsa tersebut. Apa jua keputusan anda, mengumpul dan mengemukakan bukti serta mengetahui hak anda adalah penting supaya anda boleh membuat keputusan termaklum untuk diri sendiri. Di bawah adalah beberapa maklumat mengenai undang-undang yang berkaitan keganasan berasaskan gender dalam talian serta panduan cara membuat laporan polis.

Last updated